Baju Pengantin

Koleksi terkini Baju pengantin warna kuning diraja

Sementara menunggu koleksi baju di panel sebelah kanan anda loading,  baca tips baju pengantin berikut..

Pertama sekali saya agak anda sedang mencari idea. Mungkin juga survey-survey butik pengantin dan kelengkapan baju pengantin untuk hari perkahwinan anda. Betul tak?  FYI, anda berada di laman web yang akan membantu anda dalam urusan kahwin anda nanti. Stay in touch dengan saya kerana saya bersedia bersama anda sebagai wedding planner. Saya akan cuba berikan anda seberapa banyak yang boleh, maklumat percuma berkenaan baju pengantin dan perkahwinan.

Sesetengah perkara yang anda belum tahu, untuk urusan perkahwinan mungkin maklumatnya ada disini. Memang kadang -kadang kita rasa kita dah lengkap. The moment kita start cuba belajar, disaat itulah baru kita sedar  lebih banyak rupanya yang kita tak tahu.. kan?

Tips Pertama

Back tu tips yang nak bagi tadi. Ramai jugak yang datang jumpa saya nak baju kahwin kaler maroon sebab pelamin dah set kaler tu. Pengapit pun sama. Alamak! sepatutnya pengantin yang pilih kaler baju pengantin dulu, baru pilih warna pelamin dan baju pengapit, hantaran dan lain-lain lah. Haa itulah dia.

Bila dah set warna macam tu semakin terbatas lah pilihan baju kat butik pengantin yang kita pilih nanti. Sebenarnya tak salah tapi tak syoklah. Elok dah jumpa baju pengantin yang kita berkenan kaler pulak tak kena. Dah…kena tempah baju pengantin baru . Bayar mestilah lagi mahal. Lari budget.

Baju pengantin koleksi brown

Baju pengantin koleksi brown

Tips Kedua

Mesti anda terfikir ‘kenapa nak sewa baju pengantin ni sedangkan aku boleh beli kain tempah jahit, boleh simpan sendiri, lagi murah’. Soalannya betul ke lagi murah? Anda juga kena luangkan masa dan effort untuk pastikan baju ni siap on time. Cuti pun susah nak dapat macamana nak pergi cari kain, hantar tempah kat tukang jahit yang boleh dipercayai pun satu issue.

Ramai yang datang jumpa saya bawa baju pengantin yang ditempah dari butik pengantin lain, nak suruh alter. Ada yang mungkin boleh, ada yang tak boleh. Bergantung pada cara jahitan dan potongannya. Pastu nak pergi beli manik, beli kat mana pun tak tahu. Pengalaman saya untuk siapkan sepasang baju pengan

tin yang ‘all out’ sangat2 cantik ni ambik masa sebulan dengan 4 hingga 5 dedicated staff. Just siapkan baju tu jer.

Dari segi masa, lebih baik anda luangkan masa yang ada dengan duduk depan komputer cari maklumat yang dikehendaki, tambah ilmu sebelum berkahwin dan uruskan benda lain. Daripada anda kehulu kehilir cari parking semata-mata nak pergi Jakel kat Masjid India. 

Tujuannya nak beli aksesori dan kain nak buat baju pengantin. Boleh bergaduh-gaduh dengan bakal suami nanti. Kena yang sporting takper..layan jer lah. Masa anda adalah duit sebenarnya. Jimat masa sama ertinya dengan jimat belanja. Mesti budget kahwin anda tak lari.

Ada orang plan nak simpan baju tu. Hakikatnya 90% daripada pengantin yang dah buat sendiri baju pengantin, memang menyesal, bila jumpa balik mengaku tak tau nak buat apa dengan baju kawin tu. Memang nak pakai balik tak teringin. Tau tak kenapa? Yang sebenarnya sebab baju pengantin tu istimewa dipakai hanya pada hari perkahwinan. Anda telah memahat satu memori indah pada baju tu.

Setiap kali terpandang baju tu anda akan terasa seolah-olah berada di majlis kahwin anda , atau kembali pada zaman tu. Ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak. Dan kalau nak tahu, kain sifon silk warna putih, off white atau cream akan kelihatan sangat buruk setelah sekali di hatar dryclean. Cubalah test kalau tak caya.

baju pengantin koleksi songket kuning diraja

baju pengantin koleksi songket kuning diraja

Kalau jual pula, anda tahu tak berapa anda rugi dengan baju pengantin anda tu walaupun baru sekali pakai. Sepasang baju Lelaki dan perempuan yang anda spend RM3ribu untuk lelaki dan wanita serta aksesorinya itu, anda mungkin akan berjaya jual balik kat butik baju pengantin dengan harga hanya RM300. Bukan salah butik pengantin. Nak tahu kenapa? Baca tips seterusnya .

“Kenapa ye butik pengantin ni kejam sangat padahal baju aku cantik apa?”.. Haa sebabnya pengantin ada bermacam saiz. Baju anda tu, sebab anda tempah sendiri dibuat khas untuk saiz anda. Basi kat dalam memang selalunya anda tak perasan laa..ada 1 inci jer untuk alter sedangkan customer butik pengantin tu nanti confirm saiz lain.

Eh ‘basi’ tu anda tahu ker apa? bukan makanan yang rosak, tapi basi adalah lebihan kain kat belah dalam tu yang dibuat untuk alter sekiranya anda bertambah ‘sihat’ dimasa akan datang. “Kalau macam tu bagi kat adik pakailah dia kawin nanti”. Yang sebenarnya adik kita pun nak baju pilihan sendiri hari  kawin dia nanti.

Oklah tu jer dulu tips saya. Nanti saya akan perbanyakkan article dan ilmu-ilmu yang anda belum tahu dan patut baca pasal butik pengantin dan urusan perkahwinan anda dalam blog saya.

Sekiranya anda ingin support penulisan saya ini dimasa akan datang, dengan satu click sahaja anda boleh berkongsi manfaat daripada laman web ini, saya dengan berbesar hati mengajak anda share @ like di facebook kami.

TQ & senyum selalu.

 

Designer  Aqiza Bridal Boutique & Studio

Koleksi 1
Koleksi 2
Koleksi 3
020952
Total Visit : 20952
Who's Online : 1