Studio Foto

Artikel studio foto  yang anda patut baca  star_fullstar_fullstar_fullstar_fullstar_full

 

studio8studio5studio3studio4

Ramai yang keliru antara perkhidmatan fotografi dan perkhidmatan studio foto. Fotografi biasanya jukamera datang ambil gambar kat rumah manakala Studio foto anda datang ke studio khas untuk bergambar. Sebenarnya tak banyak studio foto untuk pengantin muslimah di Malaysia ni. Lebih-lebih lagi yang lengkap semuanya bawah satu bumbung. Tak perlu susah -susah nak sewa baju sana mekap sini. Anda datang jer berlenggang atau bawa kasut office bagi penganti lelaki. Kami tak sediakan kasut lelaki saiz anda.

Back to fotografer…ada Fotografer yang hanya ambil gambar fotografi di rumah kenduri kahwin atau majlis korperat. Kemudian mereka akan masukkan event fotografi outdoor di dalam pakej yang mereka tawarkan. Ramai pengantin yang sukakan fotografer seperti ini. Kadang -kadang mereka akan bawa back drop fotografi sendiri dan pasang di sudut tertentu rumah anda untuk jadikan mini studio.

jaja1Beberapa tahun yang lepas saya melihat banyak pengantin yang mengadakan perkahwinan bersama majlis malam berinai di rumah mereka. Mereka biasanya akan melantik jurufoto untuk mengambil gambar keseluruhan majlis mereka termasuk akad nikah, bersanding, malam berinai dan outdoor. Tapi kini saya rasa jarang sekali majlis yang ada melibatkan malam berinai. Saya pun tidak pasti kenapa ada pro dan kontranya majlis ini. Sebelum tu anda tahu ke apa sebenarnya majlis malam berinai ni? Mesti ramai yang salah faham kan?

 

Sebenarnya malam berinai adalah malam yang diadakan bersanding secara tak rasmi untuk kaum keluarga dan sahabat handai terdekat sahaja. Macam persandingan tak rasmi. Pengantin akan dipakaian baju yang cantik-cantik juga sama macam bersanding dan duduk diatas pelamin. Ada majlis malam berinai yang tidak melibatkan pengantin lelaki. Hanya pengantin perempuan sahaja. Ikut suka anda lah. Asalkan matlamatnya tetap bersanding. Adat orang jawa selalunya malam berinai tersangat lah meriah.Inai mestilah dipakai pada sebelah petang ya, lebih awal daripada majlis malam berinai.

Saya pernah menyaksikan malam berinai yang disusuli dengan adat sembah sujud. Masyaallah saya harap tidak ada lagi majlis seperti itu kerana dikhuatiri menjadi khurafat dan merosakkan akidah kita. Saya juga pernah melihat majlis malam berinai yang sangat meriah sehingga ada bunga api yang macam malam tahun baru tu.

Almaklumlah pengantin tu polis. Katanya barang rampasan ..heeee sukahatilah asalkan jangan meletup atas rumah orang sudah. Ada juga malam berinai yang pengantin nya ditabur beras kapur dan kunyit sehingga habis baju pengantin yang disewa daripada kami kebetulan baju baru french lace , rosak teruk. Hancuss!! semua mak andam mesti tak suka ni. Its ok, anda tak macam tu lebih-lebih lagi setelah anda membaca blog ini. Sekurang-kurangnya sedikit ilmu untuk mengelakkan masaalah antara pengantin dan butik pengantin anda. Wallahua’lam.

Berbalik kepada cerita malam berinai tadi, selalunya majlis bermula lepas isyak dalam 8.30p.m atau 9.00p.m. Pastikan setelah azan isyak selesai. Jangan anda bersanding gedegung-gedegang dengan muzik dan karaokenya, sebelah rumah surau tengah azan. Sendiri kena ingatlah ya. Bersanding dalam setengah jam kemudia makan-makan sekejap dan tukar baju untuk mini studio anda. Proses bergambar di mini studio ni sebenarnya agak kurang sesuai kerana ada dua sebab:
Anda tak selesa bergambar depan orang sebab segan .Makanya senyuman pun jadi tak natural. Biasalah tu anda bukannya model.

Anda mungkin akan kepenatan kerana majlis akan berakhir dalam pukul 12 malam. Lepas bergambar dah susah nak tidur sebab risau esoknya nak bersanding yang betul, sedar tak sedar pukul 3 pagi masih terpinga-pinga atas katil. Esok pagi bangun tidur mata dah bengkak. Dah susah jurusolek nak buat kerja.

Kadang-kadang malam yang sama juga ibu -bapa pengantin rancang nak buat doa selamat. Kalau rumah tersangatlah besar ada banyak ruang mungkin tak jadi masaalah tatapi kebanyakan kita di Malaysia ni rumah teres 2 tingkat itu ajalah ruang yang ada. Maka majlis bernai menjadi lebih lambat dan memenatkan kerana nak tunggu orang masjid baca doa selamat lagi dan makan-makan dulu baru balik. Saya rasa lebih baik bagi ruang pada oarang masjid baca doa selamat dan kita ambil keberkatan dari majlis tersebut. “Habis tu bilanya kak nak buat malam berinai saya?”

jaja3

Jangan risau , alternative kepada malam berinai, wujudnya studio foto. Takbanyak studio foto yang memfokuskan pengantin melayu (Islam) di Malaysia ni. Banyak studio foto di jalan Ipoh, Kl dan Jalan Pudu lebih kepada bridal non-muslim. Terutamadari segi kelengkapan perkahwinannya. Saya banyak merujuk kepada pakaian mereka yang tidak bercirikan muslimah dan menutup aurat. Mesti ada orang tanya kenapa nak ambil studio foto lagi sedangkan dah banyar fotografer mahal?

Sebabnya adalah

Fotografi dirumah lebih kepada majlis. Gambar potret kurang. Kebanyakan gambar diambil secara candid. Dalam beribu gambar yang di snap oleh jurufoto anda , mungkin ada sekeping dua sahaja yang sesuai untuk di potretkan di dinding rumah nanti. Fotografer anda juga tidak akan mengedit semua gambar tersebut. Paling kurang beberapa keping sudah cukup untuk koleksi anda. Pengalaman saya , anda kena bijak pilih fotografer dengan mengambil kira hasil kerja terdahulu mereka. Pastikan konsep gambar mereka menepati citarasa anda. Lihat sama delivery date. Pernah seorang pengantin bercerita, gambar kahwin dia selepas 3 bulan pun belum dapat lagi. Fotografer pun tak dapat dihubungi. Walhal pengantin tu dah mengadung pun.

Lagi satu sebab

Anda teringin nak pakai macam-macam baju pengantin yang cantik tapi tak berkesempatan. Sebab nak sewa bawak balik rumah sangat mahal dan tak berbaloi. Tapi teringin. Banyak studio foto yang ada tapi tak lengkap. Mereka hanya sediakan peralatan studio sahaja. Baju pengantin dan mekap artis adalah kos anda sendiri. Anda mestilah bijak mencari studio foto yang ada semua. Saya ingin memaklumkan studio Foto Aqiza adalah sangat lengkap dan profesional. Kami ada beratus koleksi baju pengantin muslimah yang anda boleh gayakan. Kami juga ada jurusolek profesional yang standby dan lokasi studio yang selesa.

Anda boleh lihat gambar-gambar testimoni pelanggan studio foto Aqiza. Memang semua pelanggan berpuas hati. Kami juga ada pakej yang serendah RM599 , murah kan? Pakej ni lengkap dan kegemaran ramai pengantin sebab murah, cantik dan cepat. Fotografer kami banyak mulut sikit sebab nak ajar satu persatu pengantin supaya dapat shot yang cantik bila gambar diedit nanti. Jadi anda tak perlu risau sangat pasal tak tahu nak pose macamana sebab semua akan diberitahu macamana nak buat.

Sebab yang ketiga biasa customer cari studio foto adalah

Ramai sekali pengantin tertipu dengan fotografer ‘tangkap muat’. Ambil gambar sebab nak cari makan sahaja. Sedangkan hasilnya tersangatlah hampeh! Saya pernah tengok gambar kawin seorang pelanggan saya yang sangat teruk sedangkan pengantin tersebut sangatlah cantik. Saya tak tahu fotografer mana yang dia lantik tapi gambarnya sangat banyak hampir 2 ribu. Ada gambar budak kecil duduk tepi longkang tak pakai selipar dan comot, ada gambar makcik tengah basuh kaki lah…gambar pengantin nya angle sipi-sipi ajer. Agaknya di takut nak masuk rapat kot masa ambil gambar tu. Itu lah tak profesional namanya. Sekeping pun takde yang beredit dan boleh pakai. Lastly dia ambil pakej studio foto kami untuk recapture back memori perkahwinan tu dan buat frame gambar kahwin letak kat wall rumah. Alhamdulillah she’s happy.

jaja4Ada jugak yang ambil studio foto sebab tak puas hati mekap masa hari kawin. Muka nampak minyaklah, faundation cracklah dan memang sakit hati. Sampai mati pun dok ingat mak andam entah apa-apa.Eh banyak kes macam ni. Kita bukan tahu enless kita test makeup dulu betul tak? Itu pun pastikan orang yang mekap masa test tu, dia yang mekap masa sanding kita

Tapi jangan risau, yang sudah jangan diingat, fikirkan yang best-best sahaja. Jemput datang ke butik kami kalau anda teringin nak hidupkan kembali memori kahwin anda samaada dengan bergambar untuk anniversary atau after wedding studio. Jangan lepaskan peluang bergaya sakan di Studio Foto Aqiza. Ambillah gambar studio anda sementara mood pengantin baru masih segar. Inai masih merah dijari. Hubungi kami untuk appointment anda Anda akan dijamin tersenyum sampai malam.

Dan banyak lagi pakej menarik di Studio Foto Aqiza. Untuk Pakej yang berharga RM1999 dan keatas akan di jelaskan pada anda di butik termasuklah juga fotoshoot outdoor. Biasanya kami buat di Taman tasik permaisuri sebab dekat dan tempat tu memang cantik. Boleh datang dan pilih baju kesukaan anda dulu. Memang best.

Seeloknya buat appointment di 03-91717677. Itu lebih afdal sebab ramai yang cal nak datang hari Isnin. Butik pengantin dan studio foto kami memang cuti setiap hari Isnin. Manakala fotografi studio kami beroperasi setiap hari kecuali Isnin dari 10pagi hingga 7petang. Aktiviti studio foto kami memang sangat sibuk dan sentiasa meriah dengan pengantin yang tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan kualiti gambar terbaik memori perkahwinan mereka.

Kepada yang memang segan nak bergambar depan orang ramai inilah tempat terbaik untuk anda. Gambar anda dijamin tidak ada yang ‘menjolok mata’ kerana kami amat menjaga maruah pengantin kami. Faham kan maksud saya. Pernah satu ketika saya singgah di sebuah studio foto Non Muslim, nyonya tu recomend saya ambil gambar di studio foto mereka. Maka dia pun bawak keluar koleksi gambar-gambar customer yang dia sengaja print lebih untuk umpan orang lain.

Alangkah terkejut nya saya tengok kebanyakan gambar wanita-wanita muslimah kita bergaya tanpa disedari gambar mereka tersangatlah Xratednya. Saya yakin mereka sendiri pun tak ditunjukkan gambar tersebut. Orang lain je yang dapat tengok. Emmm itulah yang saya maksudkan. Bahananya perkara remeh temeh yang anda lupa jaga, disini kami yang jaga OK!

Anda nak tahu tak kenapa fotoshoot kami gambarnya macam unik sangat, sharp daripada fotoshoot studio orang lain. Ini sebab, kamera yang kami guna…haa ni nak cerita sedikit supaya anda tahu dengan siapa anda berurusan. Fotografer utama kami adalah En. Mohamad Zakhi bin Abu Bakar.

Beliau berpengalaman selama lebih dari 5 tahun mengandalikan studio foto. Seorang yang sangat passionate dengan kamera. Kamera yang digunakan adalah Nikon D700 yang hanya digunakan oleh profesional sahaja kerana harganya berbaloi dengan ciri sofistikatednya. Lens utama yang paling digemarinya adalah Nikon 14mm-24mm. jaja2

Kalau anda seorang fotografer atau minat fotografi mungkin anda faham lens yang mana ni. Lens ni boleh membuatkan gambar sangat unik, maksud saya orang yang tak berapa tinggi boleh nampak macam model catwalk. Dan banyak lagi benda lain yang boleh di perbetulkan dengan lens ni…Dari segi view pulak walaupun anda duduk satu kaki dari kamera, gambar full body anda masih boleh dicapture dan hasilnya tersangatlah awesome. Harga lens ni pulak lebih mahal dari harga camera. Hanya fotografer yang serius sahaja akan membeli lens ni. Haa nak senang cerita cuba anda bandingkan anda tengok video cerita dalam movie yang dah siap diedit contohnya cerita john carter lah dengan video yang the making of john carter. Get it?

Untuk pasangan yang berada diluar Kuala Lumpur pula. Lokasi tidak menjadi halangan, berhampiran dengan studio kami ada hotel budget yang anda boleh sewa dengan harga kurang daripada RM100 untuk 1 malam. Alang- alang datang ke KL, takkan lah asik nak tengok wayang & shopping sahaja bila datang KL, abadikan 3 jam anda bersama suami di studio kami. Jurusolek kami akan buatkan anda sebijik macam pengantin baru dalam versi moden yang anda never say ‘NO’. Anda boleh tengok lokasi kami dulu sebelum datang. Ada banyak laluan dan memang senang nak cari.

 

Aqiza Bridal Boutique & Studio

 

 

 

Selected Pakej Studio Foto
020935
Total Visit : 20935
Who's Online : 1